Pages

Wednesday, September 29, 2010

Perbezaan Suami & Isteri : Selesaikan Melalui Kefahaman

(Taken from : http://www.zaharuddin.net/ )





Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.

Telah tiga kali, saya diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Saya akui, saya bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti saya selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.

Ada yang datang dari suami dan juga isteri, saya kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi saya, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat saya kerana saya bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.

Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.

Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.

Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.

FUNGSI RUMAHTANGGA

Dalam kesempatan yang amat terbatas ini, saya akan membawakan empat isu terlebih dahulu, sekadar mencuba-cuba memberi sedikit pembuka minda buat insan yang bergelar suami dan isteri dalam melayari rumah tangga mereka. Agar kita semua mampu menepati objektif sebuah rumahtangga yang digariskan oleh Allah swt iaitu :-

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ( Al-Rum : 21)

Berdasarkan rujukan saya dari huraian para ulama silam di dalam kitab-kitab tafsir, dapat saya simpulkan dari ayat di atas, antara fungsi rumahtangga yang MESTI diusahakan oleh kedua-dua pasangan adalah untuk menjadikannya sebagai :-

1) Litaskunu Ilayha

= Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.

2) Mawaddah wa rahmah

= tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :

المودة حب الرجل امرأته
Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.

= Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan

الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء
Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)

= Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.

ADUAN & PERLU FAHAM

Bagi mencapai target rumahtangga yang disebut oleh Allah ta'ala, bibit masalah yang kerap menjadi punca awal membawa penceraian, hilang cinta dan kasih perlu ditangani. Antara punca awalnya boleh dilihat dalam beberpa aduan pilihan di bawah. Ia dikutip hasil dari beberapa aduan yang saya terima dan juga pembacaan. Saya gariskan cadangan dan apa yang perlu difahami oleh suami dan isteri dalam menghadapi aduan dan pertikaian mulut pasangan.

Komen Isteri

- Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid.

- Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?


Balasan Suami

- Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu.

- Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu


Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki

· Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman
ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.
· Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu
ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.
· Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut
(i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dsbgnya).

Wanita

· Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan
mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko
marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?
· Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah
sebagai tempat berehat & bertenang.
· Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban
kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.




Komen Isteri

- Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian

Balasan Suami

- Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya.

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki

· Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita
masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera.
Justeru, jadilah pendengar yang baik.
· Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya.
Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz,
dan banyakkan response melalui sentuhan.

Wanita

· Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita.
Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu
dan ingin segera menyelesaikannya.
· Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan
boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.




Komen Isteri

- Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap.
- " Tak pandang kita pun."

Balasan Suami

- Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain.

-Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki

· Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan
reaksi wajah.
· Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya.

Wanita

· Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri
membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka.
· Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika
dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai
tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu.
· Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dlm suasana perbincangan terlalu serius di
rumah yang dianggapnya tempat merasa rehat dan bertenang. Tidak mahu ia menjadi
seperti pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di
pejabat.


Komen Isteri

-Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan
penghargaan sekali-sekala terutama di hari istimewa.

Balasan Suami

- Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia
tersangat emosi dalam hal ini.?

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki

· Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan
penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata
suami.
· Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan
mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum
memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian).
· Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian &
penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.
· Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang
apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan
melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk
meningkatkan keyakinan diri mereka.

Wanita

· Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa
suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.
· Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan
menyediakan keperluan zahir dan batin isteri.
· Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai
sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan.
· Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting
isteri. Justeru, jika merasakan diri 'kurang perform' di bahagian itu, tingkatkan prestasi di
bidang lain yang boleh dihargai oleh suami.

Demikian serba ringkas, saya tidaklah berani untuk mengatakan semua wanita dan lelaki berciri sebegitu, namun saya kira sebahagian besar sifat dan tabi'at suami dan isteri adalah seperti yang saya tuliskan di atas. Semoga bermanfaat dan digalakkan bagi sesiapa yang punyai idea tersendiri untuk mengoretkan cadangan bernas anda di ruangan komentar, semoga ia mampu menambah manfaat artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
07 Jun 2010

Tuesday, September 7, 2010

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)

ADAKAH KITA SUDAH KETANDUSAN IDEA UNTUK PENGHAYATAN SYAWAL SEBENAR...????



Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan.

Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan.

Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.




Scene 1 -

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


Berikut adalah keterangan tentang simbolik yang diselitkan.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer @ Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM





Scene 2 -

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan (Jika memang terbalik, kenapa imej beca tak diterbalikkan juga?)
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism




Scene 3 -


Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian (Memang takkan diletakkan muka POPE atau topi Kristian yg sebenar. Ia disimbolikkan. Jika tidak, pasti sudah dapat tentangan sebelum ditayangkan lagi)

3.Pelawaan Menaiki Beca Terbang - Kiasan untuk Pelawaan Masuk Kristian (bukan seperti beca biasa yg menjadi kenderaan bagi segelintir rakyat Malaysia. Beca terbang tidak terdapat di Malaysia mahupun mana2 tempat di dalam bumi ini selain fantasi kanak2 kristian ketika menyambut hari Natal [krismas])

Scene 4 -

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


Scene 5 -


Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Capital of Malaysian Illuminat.


Scene 6 -

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 -

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?



Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan?
Tidak bolehkah titisan-titisan air ini berpecah lalu terbang bersama titisan-titisan air yang lain atau keluar dari kelopak lalu jatuh ke tanah dan kenapa mesti membentuk 6 segi seperti ini?
Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..Mungkinkah semua ini adalah kebetulan?
Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam.
Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).















Sunday, September 5, 2010

Ramadhan Dan Aidilfitri 2010....

Ramadhan kembali lagi....Alhamdulillah.....Aidilfitri bakal menjelma...

Permata hatiku pun....membesar...sihat...Alhamdulillah...
















Yang ni pulak...Jejaka tampan....kekasih hatiku....sebab jejaka ni la....lahirnya permata hatiku yang comel...akakakakaka....




Taapi mana aku..???...oh tidakkkk



hihi...ni la aku.....biasa ja.....
Kepada semua yang mengenali aku dan keluargaku....
Ikhlas dari kami....
"Selamat berpuasa..."
"Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir dan Batin.."