Pages

Sunday, December 18, 2011

Sunyi.....

Dalam Kamus dewan....

Sunyi bermaksud : tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena;


Panjang jugak maksud tu....

Nak dipendek kan cerita....aku mmg terasa sunyi skrg neh....nk wat ape erk....hadoih......tulunnnn..........

Sunday, December 4, 2011

Dengarlah Cerita Isterimu



Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.

Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat ‘Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang “full-time-house-wife” tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk “italian set” nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.

Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti “bukan muhrim”. Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, “Rumahku Syurgaku”.

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik – yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.

Sampai di rumah mulakan dengan soalan, “Ada berita baik hari ini ke?” atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah wahai suami!



p.s : Wahai suamiku.....dengarlah......"Ayang Sayangkan Abang....Hanya Mati yang dapat memisahkan kita...."


Thursday, December 1, 2011

Kegembiraan Terpancar.....



Berjayakah aku....

Berjayakah aku dengan azam ku di tahun baru.....
Awal Muharram1433H......Ya Allah....kuatkan lah semangat ku....semoga aku berjaya melakukannya..tanpa ragu2....tanpa kenal erti putus asa...aku hambaMu yang kerdil hanya mampu memohon pertolongan dariMu....


Abang Out station......4 hari jer.....tapi apa yang jadi kat diriku.....aku demam....:-)....aku sedar....suamiku amat berharga bagiku...anak2 ku amat bernilai buatku......tanpa mereka....hmmm????....tak dapat aku bayang kan....

Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia......setiap hari aku memohon kepada
Allah...agar dipelihara rumahtanggaku....jauhkan dari segala gangguan yang akan merosakkan kebahagian yang telah kami bina...alhamdulillah....akan menghampiri usia 7 tahun keluarga yang kami bina....Alhamdulillah Ya Allah....




p/s: Abang sayang...cepat la balik..rindu neh....semoga Allah melindungi abang...dan semoga
perjalan balik abang selamat....Amin...





Wednesday, November 30, 2011

Salah Ke....?????

Ape nk jadi la agak nyer.....salah ke kalu seseorang tu nk berubah.....dari yg buruk kepada yg baik....dari yg baik kepada lebih baik......salah ker...

kenapa selalu di salah erti setiap perlakuan tu....kenapa....???apa yang tak kena.....

Ya Allah....apa yang patut aku lakukan.....pa kesalahan aku kali ni....dosa apa lagi yang aku da lakukan....

berhenti setakat ini atau teruskan dengan niat utk berubanh menjadi yang lebih baik???

Info-Cara Mengubati Hati Yang Terluka

Assalamualaikum,

Saja nak kongsi bersama....moga-moga..dapat membantu bagi yg terluka.....

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah – tanpa anda pinta.

Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.

Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?

Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti ‘Keras’

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

SUMBER : ILUVISLAM



p/s: Aku cuba lakukan dikala terluka...mampukah aku....Ya Allah...Tabahkan lah hatiku...Kuatkan lah Iman ku...Aku mampu laluinya...

Tuesday, September 13, 2011

Raya Kembali Lagi......2011..


Assalamualaikum....

hehhehe....

Selamat Hari RAya AidilFitri saya ucapkankepada semua Umat Islam....

Alhamdulillah....Allah bagi lagi peluang utk kita sama2 berpuasa dan Berhari raya..bersama2...

Alhamdulillah...kupanjatkan juga kesyukuran kepada ALLah kerana limpah kurnia Nya....Aku Bahagia bersama Suami tercinta dan Anak2 tersayang.....dan juga keluarga2 ku....

Raya tahun neh kat kampung ku....wahahahaha....best....raya kat memana pun best la jugak kot....ngehehehe...janji raya...

Bahagia nya aku rasa....walaupun raya yg disambut hanya sederhana.....

Raya...raya...raya.........






















Sesi Lepas Geram.....!!!!

Tajuk ape aku nk letak ek kat sini.....rasanya tak ada yg sesuai kot....
mana tak nye....geram dan sakit hati yg sgt2 kat makcik2 di pejabat neh....
apsal la korang nye perangai neh teruk sangat...hah....dah tak de keje ke nk buat sampai kan nk menyibok semua hal org....

StuPid la.....sorry to say la...umur awak2 semua neh makcik2 oi...da sebaya umor emak n abah aku...tp mintak maap bnk2 la....aku tak le nak hormat n langsung tak le nk respect awak2 semua yer....

Semua bende nk sibuk pe hal....tak de kat tmpt duduk korang jadi gila mencari..cuti or EL korang sibuk nk tanya sebab pe....bos panggil pun leher korang da mcm bangau mengintai nk tahu nape...ase nye dari memula korang masuk keje sampai nk pencen tak bape hari tu je kot keje korang semua wahai makcik2 oi....rasa nye disebabkan kepandaiaan korang adalah dibidang menyibuk....sebab tu la korang tak naik2 pangkat kot...bile bos bagi peluang suh isi borang naik kanan..tanak..alasan...tanak wat keje bnyk....bodoh la.....

nk pencen lagi 6 tahun...hari ni dsibuk dok kire duit pencen...bangang tul...dari pagi dok kire sampai ke tengahhari...kejekorang tu satu hape pun tak buat,.....bile petang sibuk dok cari aku....mmg mcm shiiiiiaaallll....

Huh!!!